D/A MASJID DARUL HIDAYAH
LOT 2976 BLOCK 26 KLD JALAN ABG TEK,
TANJUNG KIDURONG 97000 BINTULU
NO TEL: 086-253968 / 014-6638091

02 January 2012

Hari Pendaftaran ITB sesi 2012



















Ahad, 1 Januari 2012: Alhamdulillah, bagi meneruskan usaha untuk melahirkan generasi ulama keluaran Bumi Kenyalang, Institut Tahfiz Bintulu (ITB) telah berjaya mengadakan hari pendaftaran dan sesi penerangan kepada ibu bapa untuk sesi pembelajaran 2012. Seramai 18 orang pelajar telah mendaftarkan diri bagi sesi 2012. Sesi pendaftaran bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.
Suasana hujung minggu yang sibuk dengan urusan pendaftaran anak-anak kesekolah tidak menghalang ibu bapa untuk hadir ke ITB untuk sesi pendaftaran dan yang lebih penting untuk mendengar taklimat dari Pihak Pengurusan ITB dan Mudir. Ada dikalangan ibu bapa yang datang jauh dari Miri, Sibu dan ada yang datang dari Kuching, pihak ITB cukup terharu diatas kesungguhan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan terbaik.
Sesi bermula dengan pendaftaran kehadiran di ruang legar ITB. Seterusnya kesemua ibu bapa, pelajar beserta pihak pengurusan bersama-sama mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tn Hj Yacop (Pengerusi ITB) dan Ust Hafiz (Mudir ITB). Sesi dimulakan dengan alunan bacaan al Quran oleh Adik Zulhairie dan diakhiri dengan sesi soal jawab.
Diharapkan sesi taklimat sebegini akan dapat diteruskan kerana memberikan manfaat kepada ibu bapa dan ITB.