D/A MASJID DARUL HIDAYAH
LOT 2976 BLOCK 26 KLD JALAN ABG TEK,
TANJUNG KIDURONG 97000 BINTULU
NO TEL: 086-253968 / 014-6638091

31 January 2012

Salam Maulidur Rasul



MUHAMMAD (SAW) ADALAH UTUSAN DAN CIPTAAN ALLAH YANG MAHA AGUNG

Muhammad (SAW) Ibn Abdullah adalah Rasul dan Nabi Pilihan. Rasul Terakhir kepada manusia ini merupakan ciptaan Allah yang Maha Agung.Kehebatan Muhammad (SAW) terserlah dalam semua semua aspek, suatu yang tidak perlu dipertikaikan. Baginda dipilih di kalangan manusia kerana baginda adalah Nabi dari segi teori dan praktikal kehidupan manusia dalam segenap kehidupan. Adab akhlaknya dibentuk dan diprogramkan sempurna sebagai makhluk oleh Allah Taala dari kecil sehinggalah ke tempoh kewafatannya.Baginda adalah nabi yang berkahwin, makan, minum dan tinggal di kediamannya. Namun kadar yang dinikmati oleh Rasulullah SAW adalah kadar paling sederhana dan berhemat yang menunjukkan gaya hidup dan kondisi pemimpin yang dihormati bukan kerana kemewahannya untuk diri tetapi banyak disumbangkan untuk keperluan dan kepentingan ummat, sekaligus keluarga dan para sahabatnya.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi ajmain.

14 January 2012

RIADAH ITB





BINTULU, 14 Jan - "Akal Yang Sihat, Dari Badan Yang Sihat". Bertitik-tolak dari ungkapan yang indah itu, para pelajar ITB telah mengadakan aktiviti luar di Pantai Tanjung Batu.

Aktiviti luar ini telah dimulakan dengan menghidupkan bara api, bersenaman, seterusnya diisi dengan modul-modul aktiviti "Team Building" yang dikendalikan oleh akhi Ishack, pertandingan membina istana pasir dan diakhiri dengan jamuan. Memetik ucapan Ustaz Hafiz "Sekarang kita buat aktiviti luar, main sungguh-sungguh, bila belajar, belajar bersungguh-sungguh".

Tidak ketinggalan dalam aktiviti luar ini adalah penglibatan dari pihak pentadbir ITB, tenaga pengajar ITB dan sebahagian dari AJK Masjid Darul Hidayah.

Semoga aktiviti sebegini dapat menyihatkan badan, meningkatkan kecergasan minda dan merapatkan ukhuwah bagi menatijahkan kebaikan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

08 January 2012

Mesyuarat Unit Tahfiz dan Diniyyah

BINTULU, 6 Jan - Memastikan pemerkasaan silibus Insitut Tahfiz Bintulu (ITB), Unit Tahfiz dan Diniyyah telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Pengerusi dan tenaga pengajar ITB.

Antara objektif utama mesyuarat ini adalah bagi memulakan dokumentasi silibus ITB. Semoga usaha jangka panjang ini akan menatijahkan kebaikan kepada perkembangan ITB dan membuahkan biah solehah di bumi Kenyalang ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

02 January 2012

Hari Pendaftaran ITB sesi 2012



















Ahad, 1 Januari 2012: Alhamdulillah, bagi meneruskan usaha untuk melahirkan generasi ulama keluaran Bumi Kenyalang, Institut Tahfiz Bintulu (ITB) telah berjaya mengadakan hari pendaftaran dan sesi penerangan kepada ibu bapa untuk sesi pembelajaran 2012. Seramai 18 orang pelajar telah mendaftarkan diri bagi sesi 2012. Sesi pendaftaran bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.
Suasana hujung minggu yang sibuk dengan urusan pendaftaran anak-anak kesekolah tidak menghalang ibu bapa untuk hadir ke ITB untuk sesi pendaftaran dan yang lebih penting untuk mendengar taklimat dari Pihak Pengurusan ITB dan Mudir. Ada dikalangan ibu bapa yang datang jauh dari Miri, Sibu dan ada yang datang dari Kuching, pihak ITB cukup terharu diatas kesungguhan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan terbaik.
Sesi bermula dengan pendaftaran kehadiran di ruang legar ITB. Seterusnya kesemua ibu bapa, pelajar beserta pihak pengurusan bersama-sama mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tn Hj Yacop (Pengerusi ITB) dan Ust Hafiz (Mudir ITB). Sesi dimulakan dengan alunan bacaan al Quran oleh Adik Zulhairie dan diakhiri dengan sesi soal jawab.
Diharapkan sesi taklimat sebegini akan dapat diteruskan kerana memberikan manfaat kepada ibu bapa dan ITB.