D/A MASJID DARUL HIDAYAH
LOT 2976 BLOCK 26 KLD JALAN ABG TEK,
TANJUNG KIDURONG 97000 BINTULU
NO TEL: 086-253968 / 014-6638091

13 September 2015

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU JANUARI 2016

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU JANUARI 2016
SUDAH DI BUKA!!!!!
INSTITUT TAHFIZ BINTULU
"MENJANA HAFIZ BERJIWA DAIE"
Syarat Kemasukan:
1.Lelaki beragama islam
2.Berumur 13 Tahun
3.Sihat tubuh badan
4.Boleh membaca al-quran dengan lancar
5.Boleh menulis dan membaca jawi
6.Bersedia mematuhi segala peraturan ITB
7.Mendapat keizinan dari ibubapa
8.Mempunyai akhlak yang baik
9.Mempunyai semangat yang tinggi untuk mendalami ilmu syariat bagi menegakkan & menyebarkan agama islam
YURAN INSTITUT TAHFIZ BINTULU :
- RM500 (Yuran pengajian + Yuran bulan pertama)
- RM200 (Yuran bulanan)
- Asrama serta makanan disediakan
BORANG PENDAFTARAN BOLEH DIDAPATI DI:
1.Pejabat Pentadbiran Institut Tahfiz Bintulu
2.Melalu email dengan cara :
Taip (BORANG PENDAFTARAN PELAJAR ITB) hantar ke
( itahfizbtu@gmail.com cc:azwan_920220@yahoo.com )
Sebarang Pertanyaang,sila hubungi :
014-8964498 (AWANG AZWAN)
014-6638091 (USTAZ HUSIN)
TARIKH TUTUP : 30 OKTOBER 2015
TARIKH TEMUDUGA : 31 OKTOBER & 1 NOVEMBER 2015

03 August 2012

SIAPA BELA MEREKA?

Anak yatim.
Published with Blogger-droid v1.7.4

PERANCANGAN PEMBANGUNAN ITB

Mula beroperasi pada Disember 2007 dan memiliki bangunan Tahfiz pada November 2008, Institut Tahfiz Bintulu melangkah meredah onak dan ranjau.

Bertatih-tatih dengan pengambilan pelajar, tenaga pengajar yang sentiasa diperbaiki, kini ITB kini sudah dapat tersenyum dengan rekod pencapaian penuntut yang telah berjaya dilahirkan sebagai Hafiz 30 juzuk. Rekod pencapaian pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara, dan pentadbiran yang kian mantap.

Kejayaan-kejayaan ini bukanlah diharungi bersendirian, namun ditunjangi oleh bantuan-bantuan dermawan yang budiman, ustaz-ustaz yang tidak pernah jemu dan pentadbiran yang tekun berusaha.

Kini ITB akan melangkah kehadapan lagi dengan beberapa perancangan pembangunan dan program. Antara program terdekat yang ingin dijayakan adalah pelancaran tabung bagi menampung pengambilan pelajar dari kalangan anak yatim dan saudara baru. Pelancaran tabung pembangunan terdekat adalah Tabung Pembinaan Rumah Pengajar ITB.

Sumbangan anda amat dialukan.
Published with Blogger-droid v1.7.4