D/A MASJID DARUL HIDAYAH
LOT 2976 BLOCK 26 KLD JALAN ABG TEK,
TANJUNG KIDURONG 97000 BINTULU
NO TEL: 086-253968 / 014-6638091

03 August 2012

SIAPA BELA MEREKA?

Anak yatim.
Published with Blogger-droid v1.7.4

PERANCANGAN PEMBANGUNAN ITB

Mula beroperasi pada Disember 2007 dan memiliki bangunan Tahfiz pada November 2008, Institut Tahfiz Bintulu melangkah meredah onak dan ranjau.

Bertatih-tatih dengan pengambilan pelajar, tenaga pengajar yang sentiasa diperbaiki, kini ITB kini sudah dapat tersenyum dengan rekod pencapaian penuntut yang telah berjaya dilahirkan sebagai Hafiz 30 juzuk. Rekod pencapaian pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara, dan pentadbiran yang kian mantap.

Kejayaan-kejayaan ini bukanlah diharungi bersendirian, namun ditunjangi oleh bantuan-bantuan dermawan yang budiman, ustaz-ustaz yang tidak pernah jemu dan pentadbiran yang tekun berusaha.

Kini ITB akan melangkah kehadapan lagi dengan beberapa perancangan pembangunan dan program. Antara program terdekat yang ingin dijayakan adalah pelancaran tabung bagi menampung pengambilan pelajar dari kalangan anak yatim dan saudara baru. Pelancaran tabung pembangunan terdekat adalah Tabung Pembinaan Rumah Pengajar ITB.

Sumbangan anda amat dialukan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

27 July 2012

RISALAH TAHFIZ BINTULU

Satu lagi risalah Institut Tahfiz Bintulu(ITB) telah diterbitkan dalam usaha menigkatkan kesedaran masyarakat berkenaan ITB.

Risalah yang dicetak penuh warna yang diisi dengan sejarah penubuhan ITB, maklumat kemasukan ke ITB serta beberapa info penting ini dilihat mampu memberi penerangan yang ringkas dan padat kepada masyarakat.

Semoga ITB terus melangkah cemerlang dalam menghasilkan Huffaz keluaran bumi Kenyalang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

08 July 2012

LATIHAN NASYID PELAJAR ITB

7 Julai, BINTULU - Lensa kamera ITB singgah ke Latihan Nasyid Pelajar ITB yang sangat menceriakan diperkarangan bangunan ITB.

Dendangan nasid-nasyid antaranya berjudul Assalamualaik dan Ya Hanana tentunya mengasah bakat dan membina jatidiri para pelajar ITB.

Aktiviti-aktiviti sebegini sangat perlu agar para pelajar tidak jemu belajar disamping menjadikan mereka memiliki pengalaman sebagai bekalan untuk terjun ke medan masyarakat nanti.

Jutaan terima kasih terakam kepada tenaga pengajar nasyid terutamanya Ustaz Wan Lokman dan tidak dilupakan pihak-pihak lain yg sentiasa menyokong ITB.
Published with Blogger-droid v1.7.4

06 July 2012

SLOT MOTIVASI USTAZ RASHIDI

7 Julai, BINTULU - Alhamdulillah, sekali lagi ITB dikunjungi oleh seorang tokoh besar iaitu Ustaz Muhammad Rashidi Lobo Abdullah.

Beliau merupakan penulis buku bestseller Travelog Syahadah dan buku Travelog Hidayah terbitan PTS. Kehadiran beliau ke ITB telah diisi dengan mengadakan slot motivasi bersama para pelajar ITB.

Sedikit latar belakang belau, beliau telah menerima hidayah pada penghujung 2001. Beliau adalah anak jati Sarawak yang brasal dari Lundu,Kuching dan berketurunan Bidayuh. Setelah memeluk Islam, beliau telah mempelajari Islam dengan tekunnya di pondok dan pusat-pusat pengajian di Kelantan, Pulau Pinang dan Terengganu.

Beliau kini aktif menggerakkan dakwah dan telah berjaya mengIslamkan 28 individu dan 2 buah keluarga di sabah,sarawak dan semenanjung. 
Published with Blogger-droid v1.7.4

03 June 2012

Majlis Khatamal Hafazan Quran ITB 2012

3 Jun 2012: Alhamdulillah setelah 3 tahun lebih Institut Tahfiz Bintulu beroperasi akhirnya ITB telah berjaya menlahirkan seorang Hafiznya yang pertama. Adik M Naufal B M Yacop telah berjaya mendapat menamatkan 30 Juzuk Hafalan dan mendapat Syahadahnya di dalam satu majlis yang sederhana di pagi yang cukup hening.
Dalam majlis yang sama juga seramai 2 orang lagi pelajar yang berjaya menghafal 10 Juzuk dan 15 Juzuk telah mendapat sedikit saguhati sebagai memberi galakan dan sebagai perangsang untuk pelajar yang lain untuk lebih gigih berusah.
Dalam ucapan Pengerusi ITB pada majlis tersebut, pihak ITB menjangkakan untuk melahirkan seramai 3 orang Hafiz pada tahun mendatang iaitu pada tahun 2013.
Pihak ITB mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Misi dan Visi ITB samada secara langsung atau tidak khususnya kepada pada para tenaga pengajar dan ibu bapa.

*Gambar akan diupload sedikit lewat. Maaf atas kesulitan.

Road to Lailatul Qadar : Persediaan menyambut Rejab & Sya'aban



01 May 2012

KENALI TOKOH BESAR ULAMA SILAM SARAWAK - Siri 1

DATUK HAKIM KERAMAT – “ULAMA PERINTIS DI SARAWAK”


Datuk Hakim Keramat merupakan tokoh ulama besar Sarawak yang boleh dianggap yang terawal. Nama sebenar beliau adalah Haji Abdul Rahman bin Abang Haji Brahim.
Lahir pada tahun 1829 dan meninggal pada tahun 1890. Beliau merupakan bapa angkat kepada Syeikh Othman Abdul Wahab

MAKAM DATUK HAKIM KERAMAT

 MAKAM DATUK HAKIM KERAMAT



SYEIKH USMAN ABDUL WAHAB AS-SARAWAKI



Sheikh Usman Abdul Wahab dianggap tokoh ulama yang paling masyur. Beliau dilahirkan pada 1863 dan meninggal dunia pada 1921. Beliau merupakan anak angkat kepada
Datuk Hakim Keramat.  

Diantara anak muridnya adalah ayah kepada Dr.Hamka dan Datuk Imam Haji Mursyidi bin Nuruddin Sarawak.


 

16 March 2012

11 Mac 2012: Berbekalkan prinsip "Mukmin yang sihat adalah lebih baik berbanding mukmin yang lemah", satu aktiviti Jungle Tracking telah berjaya dianjurkan. Seramai 15 orang pelajar ITB telah menyertai aktiviti ini.

Untuk memastikan tiada sebarang masalah semasa pendakian, aktiviti dimulakan dengan regangan otot yang diketuai Ustaz Afiq dan sedikit taklimat keselamatan.

Alhamdulillah berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, kesemua pelajar berjaya menamatkan perjalanan yang agak mencabar walaupun ada diantara pelajar yang kejang otot kerana kepenatan.

InsyaAllah program sebegini akan diteruskan dilain waktu untuk memastikan masa lapang dihujung minggu akan dapat dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.

~cadangan aktiviti akan datang adalah berenang~

21 February 2012

Program Tahsin al-Quran 2012







Ahad 19 Feb 2011;Program Tahsin al-Quran 2012 bersama Ust Awangku Omar, bekas Qari Kebangsaan 2009, anjuran Masjid Darul Hidayah dengan kerjasama BIC dan ITB telah berlangsung dengan jayanya.

Seramai 70 orang peserta telah menyertai program setengah hari ini. Peserta yang hadir adalah tergolong dari pelbagai latarbelakang dan peringkat umur. Alhamdulillah kesemua pelajar ITB berpeluang untuk turut bersama-sama menimba ilmu dari bekas Qari Kebangsaan ini.

Program bermula seawal 7.30 pagi dengan pendaftaran, kemudiannya diteruskan dengan pengisian 2 Modul oleh Ust Awangku Omar dan diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada penceramah.


Diharapkan program sebegini akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat Bintulu umumnya dan kepada pelajar ITB khususnya.






18 February 2012

JOM SERTAI PROGRAM TAHSIN AL-QURAN

Masjid Darul Hidayah dengan kerjasama Institut Tahfiz Bintulu(ITB) dan Bintulu Iqra’ Centre (BIC) akan mengadakan program Tahsin Al-Qur’an . Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:-

Tarikh : 19 Februari 2012 (Ahad)

Masa : 7.30 (mula pendaftaran)

8.00 –12.30 ( program)

Tempat : Masjid Darul Hidayah, Kidurong

Penceramah jemputan adalah Ustaz Awangku Omar Asfuaddin bin Awang Hamdan ,iaitu johan Musabaqah Al Qur’an peringkat kebangsaan tahun 2009.

Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Tempat adalah terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Muslimin dan Muslimat yang ingin turut serta adalah diminta untuk membawa sendiri buku catatan dan alatulis masing-masing.
Sila hubungi Mohamad Yacop b Mohamad Junid atau Ustaz Ahmad Lotfi bin Mat Sarif untuk pendaftaran (rujuk poster).
Published with Blogger-droid v1.7.4

07 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Ahad 12 Rabiulawal 1433H: Alhamdulillah sambutan Maulidur Rasul kali ini cukup meriah dengan pelbagai acara yang telah dianjurkan samada oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan. Secara keseluruhannya, sambutan di Bintulu telah bermula seawal hari Jumaat dengan kehadiran Imam Muda Asyraf, Iwanshah , Ust Akkil Hayy, Ustazah Pilihan Firuz dan ramai lagi. Antara program yang dianjurkan adalah ceramah umum, forum, kuliah subuh, kuliah isya dan konsert. Kemuncak program adalah perarakan oleh pelbagai agensi, Masjid Darul Hidayah turut serta menjayakan majlis perarakan tersebut.

Pelajar ITB bersama AJK Masjid Darul Hidayah membawa sepanduk (gambar)

Diharapkan, aktiviti yang telah dianjurkan akan meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w.

31 January 2012

Salam Maulidur Rasul



MUHAMMAD (SAW) ADALAH UTUSAN DAN CIPTAAN ALLAH YANG MAHA AGUNG

Muhammad (SAW) Ibn Abdullah adalah Rasul dan Nabi Pilihan. Rasul Terakhir kepada manusia ini merupakan ciptaan Allah yang Maha Agung.Kehebatan Muhammad (SAW) terserlah dalam semua semua aspek, suatu yang tidak perlu dipertikaikan. Baginda dipilih di kalangan manusia kerana baginda adalah Nabi dari segi teori dan praktikal kehidupan manusia dalam segenap kehidupan. Adab akhlaknya dibentuk dan diprogramkan sempurna sebagai makhluk oleh Allah Taala dari kecil sehinggalah ke tempoh kewafatannya.Baginda adalah nabi yang berkahwin, makan, minum dan tinggal di kediamannya. Namun kadar yang dinikmati oleh Rasulullah SAW adalah kadar paling sederhana dan berhemat yang menunjukkan gaya hidup dan kondisi pemimpin yang dihormati bukan kerana kemewahannya untuk diri tetapi banyak disumbangkan untuk keperluan dan kepentingan ummat, sekaligus keluarga dan para sahabatnya.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi ajmain.

14 January 2012

RIADAH ITB





BINTULU, 14 Jan - "Akal Yang Sihat, Dari Badan Yang Sihat". Bertitik-tolak dari ungkapan yang indah itu, para pelajar ITB telah mengadakan aktiviti luar di Pantai Tanjung Batu.

Aktiviti luar ini telah dimulakan dengan menghidupkan bara api, bersenaman, seterusnya diisi dengan modul-modul aktiviti "Team Building" yang dikendalikan oleh akhi Ishack, pertandingan membina istana pasir dan diakhiri dengan jamuan. Memetik ucapan Ustaz Hafiz "Sekarang kita buat aktiviti luar, main sungguh-sungguh, bila belajar, belajar bersungguh-sungguh".

Tidak ketinggalan dalam aktiviti luar ini adalah penglibatan dari pihak pentadbir ITB, tenaga pengajar ITB dan sebahagian dari AJK Masjid Darul Hidayah.

Semoga aktiviti sebegini dapat menyihatkan badan, meningkatkan kecergasan minda dan merapatkan ukhuwah bagi menatijahkan kebaikan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

08 January 2012

Mesyuarat Unit Tahfiz dan Diniyyah

BINTULU, 6 Jan - Memastikan pemerkasaan silibus Insitut Tahfiz Bintulu (ITB), Unit Tahfiz dan Diniyyah telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Pengerusi dan tenaga pengajar ITB.

Antara objektif utama mesyuarat ini adalah bagi memulakan dokumentasi silibus ITB. Semoga usaha jangka panjang ini akan menatijahkan kebaikan kepada perkembangan ITB dan membuahkan biah solehah di bumi Kenyalang ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

02 January 2012

Hari Pendaftaran ITB sesi 2012



















Ahad, 1 Januari 2012: Alhamdulillah, bagi meneruskan usaha untuk melahirkan generasi ulama keluaran Bumi Kenyalang, Institut Tahfiz Bintulu (ITB) telah berjaya mengadakan hari pendaftaran dan sesi penerangan kepada ibu bapa untuk sesi pembelajaran 2012. Seramai 18 orang pelajar telah mendaftarkan diri bagi sesi 2012. Sesi pendaftaran bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.
Suasana hujung minggu yang sibuk dengan urusan pendaftaran anak-anak kesekolah tidak menghalang ibu bapa untuk hadir ke ITB untuk sesi pendaftaran dan yang lebih penting untuk mendengar taklimat dari Pihak Pengurusan ITB dan Mudir. Ada dikalangan ibu bapa yang datang jauh dari Miri, Sibu dan ada yang datang dari Kuching, pihak ITB cukup terharu diatas kesungguhan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan terbaik.
Sesi bermula dengan pendaftaran kehadiran di ruang legar ITB. Seterusnya kesemua ibu bapa, pelajar beserta pihak pengurusan bersama-sama mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tn Hj Yacop (Pengerusi ITB) dan Ust Hafiz (Mudir ITB). Sesi dimulakan dengan alunan bacaan al Quran oleh Adik Zulhairie dan diakhiri dengan sesi soal jawab.
Diharapkan sesi taklimat sebegini akan dapat diteruskan kerana memberikan manfaat kepada ibu bapa dan ITB.