D/A MASJID DARUL HIDAYAH
LOT 2976 BLOCK 26 KLD JALAN ABG TEK,
TANJUNG KIDURONG 97000 BINTULU
NO TEL: 086-253968 / 014-6638091

01 May 2012

KENALI TOKOH BESAR ULAMA SILAM SARAWAK - Siri 1

DATUK HAKIM KERAMAT – “ULAMA PERINTIS DI SARAWAK”


Datuk Hakim Keramat merupakan tokoh ulama besar Sarawak yang boleh dianggap yang terawal. Nama sebenar beliau adalah Haji Abdul Rahman bin Abang Haji Brahim.
Lahir pada tahun 1829 dan meninggal pada tahun 1890. Beliau merupakan bapa angkat kepada Syeikh Othman Abdul Wahab

MAKAM DATUK HAKIM KERAMAT

 MAKAM DATUK HAKIM KERAMAT



SYEIKH USMAN ABDUL WAHAB AS-SARAWAKI



Sheikh Usman Abdul Wahab dianggap tokoh ulama yang paling masyur. Beliau dilahirkan pada 1863 dan meninggal dunia pada 1921. Beliau merupakan anak angkat kepada
Datuk Hakim Keramat.  

Diantara anak muridnya adalah ayah kepada Dr.Hamka dan Datuk Imam Haji Mursyidi bin Nuruddin Sarawak.


 

16 March 2012

11 Mac 2012: Berbekalkan prinsip "Mukmin yang sihat adalah lebih baik berbanding mukmin yang lemah", satu aktiviti Jungle Tracking telah berjaya dianjurkan. Seramai 15 orang pelajar ITB telah menyertai aktiviti ini.

Untuk memastikan tiada sebarang masalah semasa pendakian, aktiviti dimulakan dengan regangan otot yang diketuai Ustaz Afiq dan sedikit taklimat keselamatan.

Alhamdulillah berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, kesemua pelajar berjaya menamatkan perjalanan yang agak mencabar walaupun ada diantara pelajar yang kejang otot kerana kepenatan.

InsyaAllah program sebegini akan diteruskan dilain waktu untuk memastikan masa lapang dihujung minggu akan dapat dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.

~cadangan aktiviti akan datang adalah berenang~

21 February 2012

Program Tahsin al-Quran 2012







Ahad 19 Feb 2011;Program Tahsin al-Quran 2012 bersama Ust Awangku Omar, bekas Qari Kebangsaan 2009, anjuran Masjid Darul Hidayah dengan kerjasama BIC dan ITB telah berlangsung dengan jayanya.

Seramai 70 orang peserta telah menyertai program setengah hari ini. Peserta yang hadir adalah tergolong dari pelbagai latarbelakang dan peringkat umur. Alhamdulillah kesemua pelajar ITB berpeluang untuk turut bersama-sama menimba ilmu dari bekas Qari Kebangsaan ini.

Program bermula seawal 7.30 pagi dengan pendaftaran, kemudiannya diteruskan dengan pengisian 2 Modul oleh Ust Awangku Omar dan diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada penceramah.


Diharapkan program sebegini akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat Bintulu umumnya dan kepada pelajar ITB khususnya.






18 February 2012

JOM SERTAI PROGRAM TAHSIN AL-QURAN

Masjid Darul Hidayah dengan kerjasama Institut Tahfiz Bintulu(ITB) dan Bintulu Iqra’ Centre (BIC) akan mengadakan program Tahsin Al-Qur’an . Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:-

Tarikh : 19 Februari 2012 (Ahad)

Masa : 7.30 (mula pendaftaran)

8.00 –12.30 ( program)

Tempat : Masjid Darul Hidayah, Kidurong

Penceramah jemputan adalah Ustaz Awangku Omar Asfuaddin bin Awang Hamdan ,iaitu johan Musabaqah Al Qur’an peringkat kebangsaan tahun 2009.

Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Tempat adalah terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Muslimin dan Muslimat yang ingin turut serta adalah diminta untuk membawa sendiri buku catatan dan alatulis masing-masing.
Sila hubungi Mohamad Yacop b Mohamad Junid atau Ustaz Ahmad Lotfi bin Mat Sarif untuk pendaftaran (rujuk poster).
Published with Blogger-droid v1.7.4