D/A MASJID DARUL HIDAYAH
LOT 2976 BLOCK 26 KLD JALAN ABG TEK,
TANJUNG KIDURONG 97000 BINTULU
NO TEL: 086-253968 / 014-6638091

18 February 2012

JOM SERTAI PROGRAM TAHSIN AL-QURAN

Masjid Darul Hidayah dengan kerjasama Institut Tahfiz Bintulu(ITB) dan Bintulu Iqra’ Centre (BIC) akan mengadakan program Tahsin Al-Qur’an . Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:-

Tarikh : 19 Februari 2012 (Ahad)

Masa : 7.30 (mula pendaftaran)

8.00 –12.30 ( program)

Tempat : Masjid Darul Hidayah, Kidurong

Penceramah jemputan adalah Ustaz Awangku Omar Asfuaddin bin Awang Hamdan ,iaitu johan Musabaqah Al Qur’an peringkat kebangsaan tahun 2009.

Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Tempat adalah terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Muslimin dan Muslimat yang ingin turut serta adalah diminta untuk membawa sendiri buku catatan dan alatulis masing-masing.
Sila hubungi Mohamad Yacop b Mohamad Junid atau Ustaz Ahmad Lotfi bin Mat Sarif untuk pendaftaran (rujuk poster).
Published with Blogger-droid v1.7.4

07 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Ahad 12 Rabiulawal 1433H: Alhamdulillah sambutan Maulidur Rasul kali ini cukup meriah dengan pelbagai acara yang telah dianjurkan samada oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan. Secara keseluruhannya, sambutan di Bintulu telah bermula seawal hari Jumaat dengan kehadiran Imam Muda Asyraf, Iwanshah , Ust Akkil Hayy, Ustazah Pilihan Firuz dan ramai lagi. Antara program yang dianjurkan adalah ceramah umum, forum, kuliah subuh, kuliah isya dan konsert. Kemuncak program adalah perarakan oleh pelbagai agensi, Masjid Darul Hidayah turut serta menjayakan majlis perarakan tersebut.

Pelajar ITB bersama AJK Masjid Darul Hidayah membawa sepanduk (gambar)

Diharapkan, aktiviti yang telah dianjurkan akan meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w.

31 January 2012

Salam Maulidur Rasul



MUHAMMAD (SAW) ADALAH UTUSAN DAN CIPTAAN ALLAH YANG MAHA AGUNG

Muhammad (SAW) Ibn Abdullah adalah Rasul dan Nabi Pilihan. Rasul Terakhir kepada manusia ini merupakan ciptaan Allah yang Maha Agung.Kehebatan Muhammad (SAW) terserlah dalam semua semua aspek, suatu yang tidak perlu dipertikaikan. Baginda dipilih di kalangan manusia kerana baginda adalah Nabi dari segi teori dan praktikal kehidupan manusia dalam segenap kehidupan. Adab akhlaknya dibentuk dan diprogramkan sempurna sebagai makhluk oleh Allah Taala dari kecil sehinggalah ke tempoh kewafatannya.Baginda adalah nabi yang berkahwin, makan, minum dan tinggal di kediamannya. Namun kadar yang dinikmati oleh Rasulullah SAW adalah kadar paling sederhana dan berhemat yang menunjukkan gaya hidup dan kondisi pemimpin yang dihormati bukan kerana kemewahannya untuk diri tetapi banyak disumbangkan untuk keperluan dan kepentingan ummat, sekaligus keluarga dan para sahabatnya.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi ajmain.

14 January 2012

RIADAH ITB





BINTULU, 14 Jan - "Akal Yang Sihat, Dari Badan Yang Sihat". Bertitik-tolak dari ungkapan yang indah itu, para pelajar ITB telah mengadakan aktiviti luar di Pantai Tanjung Batu.

Aktiviti luar ini telah dimulakan dengan menghidupkan bara api, bersenaman, seterusnya diisi dengan modul-modul aktiviti "Team Building" yang dikendalikan oleh akhi Ishack, pertandingan membina istana pasir dan diakhiri dengan jamuan. Memetik ucapan Ustaz Hafiz "Sekarang kita buat aktiviti luar, main sungguh-sungguh, bila belajar, belajar bersungguh-sungguh".

Tidak ketinggalan dalam aktiviti luar ini adalah penglibatan dari pihak pentadbir ITB, tenaga pengajar ITB dan sebahagian dari AJK Masjid Darul Hidayah.

Semoga aktiviti sebegini dapat menyihatkan badan, meningkatkan kecergasan minda dan merapatkan ukhuwah bagi menatijahkan kebaikan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

08 January 2012

Mesyuarat Unit Tahfiz dan Diniyyah

BINTULU, 6 Jan - Memastikan pemerkasaan silibus Insitut Tahfiz Bintulu (ITB), Unit Tahfiz dan Diniyyah telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Pengerusi dan tenaga pengajar ITB.

Antara objektif utama mesyuarat ini adalah bagi memulakan dokumentasi silibus ITB. Semoga usaha jangka panjang ini akan menatijahkan kebaikan kepada perkembangan ITB dan membuahkan biah solehah di bumi Kenyalang ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4