D/A MASJID DARUL HIDAYAH
LOT 2976 BLOCK 26 KLD JALAN ABG TEK,
TANJUNG KIDURONG 97000 BINTULU
NO TEL: 086-253968 / 014-6638091

08 January 2012

Mesyuarat Unit Tahfiz dan Diniyyah

BINTULU, 6 Jan - Memastikan pemerkasaan silibus Insitut Tahfiz Bintulu (ITB), Unit Tahfiz dan Diniyyah telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Pengerusi dan tenaga pengajar ITB.

Antara objektif utama mesyuarat ini adalah bagi memulakan dokumentasi silibus ITB. Semoga usaha jangka panjang ini akan menatijahkan kebaikan kepada perkembangan ITB dan membuahkan biah solehah di bumi Kenyalang ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

02 January 2012

Hari Pendaftaran ITB sesi 2012



















Ahad, 1 Januari 2012: Alhamdulillah, bagi meneruskan usaha untuk melahirkan generasi ulama keluaran Bumi Kenyalang, Institut Tahfiz Bintulu (ITB) telah berjaya mengadakan hari pendaftaran dan sesi penerangan kepada ibu bapa untuk sesi pembelajaran 2012. Seramai 18 orang pelajar telah mendaftarkan diri bagi sesi 2012. Sesi pendaftaran bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.
Suasana hujung minggu yang sibuk dengan urusan pendaftaran anak-anak kesekolah tidak menghalang ibu bapa untuk hadir ke ITB untuk sesi pendaftaran dan yang lebih penting untuk mendengar taklimat dari Pihak Pengurusan ITB dan Mudir. Ada dikalangan ibu bapa yang datang jauh dari Miri, Sibu dan ada yang datang dari Kuching, pihak ITB cukup terharu diatas kesungguhan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan terbaik.
Sesi bermula dengan pendaftaran kehadiran di ruang legar ITB. Seterusnya kesemua ibu bapa, pelajar beserta pihak pengurusan bersama-sama mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tn Hj Yacop (Pengerusi ITB) dan Ust Hafiz (Mudir ITB). Sesi dimulakan dengan alunan bacaan al Quran oleh Adik Zulhairie dan diakhiri dengan sesi soal jawab.
Diharapkan sesi taklimat sebegini akan dapat diteruskan kerana memberikan manfaat kepada ibu bapa dan ITB.

08 December 2011

ISI RINHKAS KHUTBAH 9.12.11

PENYEMPUNAAN NIKMAT KEHIDUPAN DI DUNIA

Nikmat kesempurnaan anggota badan biarpun organ itu kecil.
Tak mampu utk mennghitung nikmat yang dikurniakan.
Sebagai hamba kita mestilah bersyukur atas nakmat kurniaan ILAHI.
Published with Blogger-droid v1.7.4

ISI RINHKAS KHUTBAH 9.12.11

PENYEMPUNAAN NIKMAT KEHIDUPAN DI DUNIA

Nikmat kesempurnaan anggota badan biarpun organ itu kecil.
Tak mampu utk mennghitung nikmat yang dikurniakan.
Sebagai hamba kita mestilah bersyukur atas nakmat kurniaan ILAHI.
Published with Blogger-droid v1.7.4

04 December 2011

GANJARAN BESAR MENANTI AL-HAFIZ

Ganjaran di akhirat

Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
"Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini".
(Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya.”
(Riwayat Muslim)

Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf
(Riwayat Tarmizi)
Published with Blogger-droid v1.7.4