Salah satu peraturan di ITB adalah pemakaian serban ketika mengerjakan sholat untuk membiasakan para pelajar dengan sunnah Nabi SAW. Kalau pelajar di sekolah biasa boleh rasa bangga apabila mahir memasang tali leher maka identiti pelajar madrasah pula adalah mahir memasang serban yang merupakan sunnah nabi.
Dalam hal menghidupkan sunnah, Nabi SAW pernah bersabda,"Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)
Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya:
"Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku!"
Dua orang pelajar mualaf di ITB telah berkhatan. Mereka adalah adik Mokhtar dan adik Mohd Jefrey. Mereka telah berehat beberapa hari di asrama. Sekarang mereka telah sembuh sepenuhnya dan boleh bermain bola seperti biasa. Walau bagaimana pun, dalam gambar di bawah hanya adik Mohktar sahaja yang sempat diambil gambar. Kita doakan semoga mereka boleh menjadi ustaz yang akan membimbing kaum mereka di rumah panjang di Pakan, Ulu Kota. Amin.
Pada 26 Mac 2009, Institut Tahfiz Bintulu telah menerima kunjungan mesra tidak rasmi dan secara mengejut dari seorang tetamu terhormat iaitu YB Bolhassan Di seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak Kawasan N24 Beting Maro. Beliau juga adalah Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak. ITB amat berbesar hati atas lawatan yang telah dilakukan oleh beliau walaupun secara tanpa notis.
Kelab Remaja Masjid Darul Hidayah dan Kelab Remaja JIM(KRJ) telah mengadakan pertandingan futsal untuk kawasan Kidurong, Bintulu pada 21 dan 22 Mac 2009. Pelajar-pelajar Institut Tahfiz Bintulu juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam pertandingan ini.